Selasa, 24 Januari 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA SEDAR 2017

TARIKH : 24 JANUARI 2017
HARI : SELASA
TEMPAT : SEKITAR SEKOLAH


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatNya Kejohanan Merentas Desa SEDAR 2017 telah pun berjalan dengan lancar dan jayanya.. Walaupun hujan turun membasahi bumi Muar, namun para pelajar dan guru seronok dalam menyertai acara tersebut. Laluan pada kejohanan kali ini sejauh lebih kurang 7 km, namun jarak bukanlah satu halangan yang besar kerana berbekalkan jiwa yang kental dan latihan intensif yang telah dijalankan membolehkan para pelajar melakukannya dengan baik.

Acara perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Radi Bin Yahaya di Dewan Bestari Sri Amar. Berikut adalah keputusan rasmi Kejohanan Merentas Desa SEDAR 2017:

JOHAN : INDERAPURA
NAIB JOHAN : LANGKASUKA
KETIGA : TEMASIK
KEEMPAT : GANGGANEGARA

Tahniah kepada rumah Inderapura kerana berjaya mengekalkan kejuaraan pada kali ini.

Indra number 1, Indra number 1!! Huuuuuuhaaaa!!






















3 ulasan:

  1. Tahniah kepada semua warga SEDARIAN yg membantu menjayakan Kejohanan Merentas Desa 2017.. thn depan ada kategori Guru pula, 😃😃😃😃

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. terbaik...dah kena bersedia dari sekarang ni

    BalasPadam