Selasa, 2 Mei 2017



PROGRAM IKON SMK DATO’ SRI AMAR DIRAJA MUAR

Objektif Program

·        Memastikan pelajar-pelajar dapat belajar dalam suasana sekolah yang kondusif.
·        Guru-guru dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
·        Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah.
·        Meningkatkan jaringan dan jalinan dengan pihak luar bagi memacu peningkatan usaha kemenjadian murid di SEDAR.


Rasional

·        SMK Dato’ Sri Amar DiRaja Muar merupakan salah sebuah sekolah premier yang telah melebihi 50 tahun. Maka ramai mantan pelajar yang telah berjaya dan dijangka boleh membantu menjayakan Program Ikon SEDAR.
·        Keadaan sekolah yang memerlukan banyak penambahbaikan kerana prasarana yang telah lama.
·        SMK Dato’Sri Amar DiRaja Muar merupakan sekolah kawalan PPD Muar, Sekolah Projek JDT, Sekolah Projek Olahraga, dan Sekolah Projek Berbasikal.

Keperluan dan kegunaan dana


·        Program peningkatan prestasi akademik melibatkan semua mata pelajaran.
·        Program peningkatan pencapaian pelajar dalam bidang kokurikulum.
·        Menaik taraf prasarana sekolah yang telah usang.
·        Meningkatkan penggunaan  ICT di sekolah.