Isnin, 27 Februari 2017

PENGLIBATAN PELAJAR DAN GURU SEDAR DI FUN RIDE SEMPENA LE TOUR DE LANGKAWI 2017


TARIKH : 27 FEBRUARI 2017
HARI : ISNIN
TEMPAT : DATARAN TANJUNG, MUAR

Sempena menyambut ketibaan pelumba-pelumba Le Tour De Langkawi ke garisan penamat di dataran Tanjung Muar, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muar menganjurkan satu Fun Ride untuk semua warga Muar yang meminati aktiviti berbasikal. perjalanan bermula dari Dataran Muar ke Parit Jawa kemudian melalui Jalan Sri Tanjung serta Jalan Parit Bakar dan kemudian berakhir juga di Dataran Tanjung Mas, Muar. Perjalanan sejauh 40KM.

Berikut adalah gambar peristiwa semasa program itu berlangsung :

MOTIVASI KEIBUBAPAAN DAN HARI PENETAPAN TARGET PELAJAR SPM 2017 


TARIKH          :           26 FEBRUARI 2017 (AHAD)
MASA              :           10.00 PAGI
TEMPAT          :           DEWAN BESTARI SRI AMAR 




* Ibu bapa sedar akan tanggungjawab mereka serta memberi sokongan penuh kepada program sekolah. 
* Kerjasama antara ibu bapa dan guru diperlukan untuk meningkatkan kecemerlangan akademik. 
* Permuafakatan antara guru dan ibu bapa akan dapat memberi peluang kepada penyelesaian masalah 
* Menunjukkan kepeakaan ibu bapa terhadap bidang akademik dan sahsiah pelajar.


OBJEKTIF

* Membincangkan prestasi akademik para pelajar dengan ibu bapa. 
* Melibatkan ibu bapa untuk pemantauan akademik dan program peningkatan prestasi pelajar 
* Meningkatkan kemenjadian murid melalui pemuafakatan ibu bapa dan guru dapat dikekalkan.


Berikut adalah gambar peristiwa semasa program tersebut :

PROGRAM BERSAMA GURU PEMBIMBING KELAS RANCANGAN USAHAWAN (KRU) 2017


TARIKH : 26 FEBRUARI 2017
HARI : AHAD
TEMPAT ; BILIK GERAKAN, SEDAR

Program ini dianjurkan bertujuan memberi maklumat dan informasi kepada ibubapa berhubung perlaksanaan Kelas Rancangan Usahawan bagi tahun 2017.

Berikut adalah gambar peristiwa semasa program tersebut :

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI KE 3 2017



TARIKH : 25 FEBRUARI 2017
HARI : SABTU
TEMPAT : BILIK GERAKAN SEDAR
TAJUK : TAKLIMAT STEM, BERSAMA BANK ISLAM, EKSA DAN PENGURUSAN FAIL

Berikut adalah gambar peristiwa semasa LDP tersebut :