Isnin, 27 Februari 2017

PENGLIBATAN PELAJAR DAN GURU SEDAR DI FUN RIDE SEMPENA LE TOUR DE LANGKAWI 2017


TARIKH : 27 FEBRUARI 2017
HARI : ISNIN
TEMPAT : DATARAN TANJUNG, MUAR

Sempena menyambut ketibaan pelumba-pelumba Le Tour De Langkawi ke garisan penamat di dataran Tanjung Muar, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muar menganjurkan satu Fun Ride untuk semua warga Muar yang meminati aktiviti berbasikal. perjalanan bermula dari Dataran Muar ke Parit Jawa kemudian melalui Jalan Sri Tanjung serta Jalan Parit Bakar dan kemudian berakhir juga di Dataran Tanjung Mas, Muar. Perjalanan sejauh 40KM.

Berikut adalah gambar peristiwa semasa program itu berlangsung :

MOTIVASI KEIBUBAPAAN DAN HARI PENETAPAN TARGET PELAJAR SPM 2017 


TARIKH          :           26 FEBRUARI 2017 (AHAD)
MASA              :           10.00 PAGI
TEMPAT          :           DEWAN BESTARI SRI AMAR 




* Ibu bapa sedar akan tanggungjawab mereka serta memberi sokongan penuh kepada program sekolah. 
* Kerjasama antara ibu bapa dan guru diperlukan untuk meningkatkan kecemerlangan akademik. 
* Permuafakatan antara guru dan ibu bapa akan dapat memberi peluang kepada penyelesaian masalah 
* Menunjukkan kepeakaan ibu bapa terhadap bidang akademik dan sahsiah pelajar.


OBJEKTIF

* Membincangkan prestasi akademik para pelajar dengan ibu bapa. 
* Melibatkan ibu bapa untuk pemantauan akademik dan program peningkatan prestasi pelajar 
* Meningkatkan kemenjadian murid melalui pemuafakatan ibu bapa dan guru dapat dikekalkan.


Berikut adalah gambar peristiwa semasa program tersebut :

PROGRAM BERSAMA GURU PEMBIMBING KELAS RANCANGAN USAHAWAN (KRU) 2017


TARIKH : 26 FEBRUARI 2017
HARI : AHAD
TEMPAT ; BILIK GERAKAN, SEDAR

Program ini dianjurkan bertujuan memberi maklumat dan informasi kepada ibubapa berhubung perlaksanaan Kelas Rancangan Usahawan bagi tahun 2017.

Berikut adalah gambar peristiwa semasa program tersebut :

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI KE 3 2017



TARIKH : 25 FEBRUARI 2017
HARI : SABTU
TEMPAT : BILIK GERAKAN SEDAR
TAJUK : TAKLIMAT STEM, BERSAMA BANK ISLAM, EKSA DAN PENGURUSAN FAIL

Berikut adalah gambar peristiwa semasa LDP tersebut :


Rabu, 22 Februari 2017

PELANCARAN BULAN BAHASA 2017


TARIKH : 22 FEBRUARI 2017
HARI : RABU
TEMPAT : DEWAN BESTARI, SEDAR

RASIONAL



Sekolah memainkan peranan sebagai wahana dalam usaha mendaulat dan memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seiring dengan penggunaan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Jepun dalam menambah nilai dalam kehidupan. Lanaran itu, pelbagai aktiviti mampu dillaksanakan bagi menarik warga sekolah khasnya pelajar-pelajar agar lebih mahir berkomunikasi dalam pelbagai Bahasa di samping memantapkan kecintaan terhadap bahasa kebangsaan.

Selasa, 21 Februari 2017

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SEDAR 2017

TARIKH : 21 FEBRUARI 2017
HARI : SELASA
TEMPAT : STADIUM MUAR



SEDAR dan Olahraga berpiasah tiada...Bila sebut nama SMK Dato' Sri Amar Diraja memang tidak dapat lari dengan Olahraga. Kejohanan yang dilangsungkan dengan sangat meriah. Tahniah rumah LANGKASUKA dinobatkan sebagai Juara pada tahun ini. Para atlit yang berjaya diharapkan dapat mengharumkan nama SEDAR di Kejohanan Balapan dan Padang peringkat MSSD Muar kelak...Tahniah semua warga SEDAR...

Berikut adalah gambar peristiwa semasa kejohanan tersebut :















 

Ahad, 19 Februari 2017

ACARA AKHIR SEBELUM SUKAN 2017


TARIKH : 19 FEBRUARI 2017
HARI : AHAD
TEMPAR : STADIUM MUAR

Beberapa acara akhir sebelum sukan dipertandingkan antaranya lompat jauh melontar peluru dan 200m. Perjalanan sukan berjalan lancar dan teratur. Semangat pelajar yang mengambil acara sangat kental dan bersaing hebat bagi mangharumkan nama rumah sukan masing-masing..TAHNIAH!!

Berikut adalah gambar semasa acara akhir sebelum sukan tersebut (Hari Pertama) :


























Ahad, 12 Februari 2017

LAWATAN PENANDA ARAS KE MUSOLLA SK SUNGAI ABONG

TARIKH : 13 FEBRUARI 2017
HARI : ISNIN
TEMPAT : SK SUNGAI ABONG, MUAR

Lawatan penandan aras ke Musolla SK Sungai Abong bertujuan untuk menimba ilmu dari pihak mereka dalam program mengimarahkan surau. Alhamdulillah lawatan berjalan lancar dan banyak ilmu-ilmu baru yang diperolehi dari pihak SK Sungai Abong. Semoga dengan lawatan ini Surau al-Muhtadin, SEDAR dapat diimarahkan lagi seterusnya menjadi nadi penggerak dalam melahirkan pelajar dan warga SEDAR yang terdidik dengan syiar Islam. Insya Allah...

Berikut adalah gambar peristiwa lawatan tersebut :