Khamis, 26 Januari 2017

MAJLIS PERSARAAN TN. HJ. RIDZUAN BIN YAHIA...SELAMAT BERSARA PAK WAN

TARIKH : 26 JANUARI 2017
HARI : KHAMIS
TEMPAT : SURAU DAN DEWAN BESTARI SEDAR

Cikgu Ridzuan Bin Yahia antara guru 'senior' yang berada di SEDAR. Berkhidmat di dalam dunia pendidikan hampir lebih 30 tahun, nama Pak Wan memang sangat dikenali di daerah Muar ini. Menjadikan Rasulullah sebagai idola dan berpesan kepada semua jangan cepat kecewa dan berputus asa, Ikhlas kerana Allah S.W.T kerana Allah S.W.T sentiasa ada :

Berikut adalah serba sedikit tentang Pak Wan dan Gambar semasa Majlis Persaraan Beliau bersama pelajar:











 

SELAMAT BERSARA PAK WAN...KAMI WARGA SEDAR AKAN SENTIASA MENRINDUI PAK WAN...SEMOGA DIBERIKAN KESIHATAN BERPANJANGAN DAN SELALU BAHAGIA DI SAMPING KELUARGA TERCINTA....

Rabu, 25 Januari 2017

LIGA SUPER SEDAR SUDAH BERMULA

TARIKH : 25 JANUARI 2017
HARI : RABU
TEMPAT : AMARIAN 'EDEN PARK'

Liga Super SEDAR sudah bermula. 6 pasukan bertanding bagi merebut piala keramat Piala Liga Super SEDAR. Liga tersebut diadakan bagi mencungkil bakat-bakat baru bagi menggalas tugas sebagai wakil sekolah ke kejohanan bolasepak MSSD Muar tidak lama lagi. Siapakah akan bergelar juara?...sama-sama kita nantikan...

ASPURA FC


Beracah FC

Sparta FC

Gajah Parking FC

Berkat Atok FC

Fly Kickers FC

SELAMAT BERPINDAH EN. ZAINEE BIN HJ. KHAMIS

En. Zainee Bin Hj. Khamis merupakan Guru Tingkatan Enam mengajar subjek Pengajian Perniagaan akan berpindah ke daerah Kluang. Selamat Maju Jaya di tempat baru En. Zainee...Jasa dan Budi Tuan di SEDAR akan dikenang hingga akhirnya...


RIMUP TAHUN BARU CINA 2017


TARIKH : 25 JANUARI 2017
HARI : RABU
TEMPAT : DEWAN BESTARI SEDAR

Sambutan yang sangat muhibbah di kalangan warga SEDAR. Majlis diadakan pada pukul 12 tengahari diserikan lagi dengan persembahan pelajar dari pelbagai kaum di sekolah kami. Semangat setiakawan dan perpaduan perlu dipupuk sejak di alam persekolahan lagi agar menjamin kesejahteraan bumi Malaysia yang kita sayangi ini. Majlis Rimup ini diharapkan dapat menjadi pemangkin perpaduan di kalangan pelajar

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2017















Selasa, 24 Januari 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA SEDAR 2017

TARIKH : 24 JANUARI 2017
HARI : SELASA
TEMPAT : SEKITAR SEKOLAH


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatNya Kejohanan Merentas Desa SEDAR 2017 telah pun berjalan dengan lancar dan jayanya.. Walaupun hujan turun membasahi bumi Muar, namun para pelajar dan guru seronok dalam menyertai acara tersebut. Laluan pada kejohanan kali ini sejauh lebih kurang 7 km, namun jarak bukanlah satu halangan yang besar kerana berbekalkan jiwa yang kental dan latihan intensif yang telah dijalankan membolehkan para pelajar melakukannya dengan baik.

Acara perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Radi Bin Yahaya di Dewan Bestari Sri Amar. Berikut adalah keputusan rasmi Kejohanan Merentas Desa SEDAR 2017:

JOHAN : INDERAPURA
NAIB JOHAN : LANGKASUKA
KETIGA : TEMASIK
KEEMPAT : GANGGANEGARA

Tahniah kepada rumah Inderapura kerana berjaya mengekalkan kejuaraan pada kali ini.

Indra number 1, Indra number 1!! Huuuuuuhaaaa!!