Isnin, 23 Januari 2017

SELAMAT DATANG TUAN HJ. RADI BIN YAHAYA KE SMK DATO' SRI AMAR DIRAJA


TARIKH : 24 JANUARI 2017
HARI : SELASA
TEMPAT : DEWAN BESTARI SEDAR

Ibarat sirih pulang ke gagang...itulah perumpamaan yang boleh diungkapkan kepada Tn Hj Radi Bin Yahaya merupakan Pengetua baru yang hadir ke SEDAR kerana beliau juga merupakan bekas pelajar sekolah ini. Semoga dengan kehadiran dan kepimpinan Tuan Pengetua dapat memacu SEDAR ke arah yang lebih cemerlang dan terbilang di masa hadapan...SELAMAT DATANG TUAN....








PELANCARAN PROGRAM  AMALAN GURU PENYAYANG SEDAR 2017


TARIKH : 23 JANUARI 2017
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN BESTARI, SEDAR


GURU PENYAYANG adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
 Guru Penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberikan perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.

Berikut adalah gambar semasa pelancaran program tersebut :